Selasa, 7 Mei 2013

Kerja Data Entry pasti disiapkan dengan segera! 2013!!

Mencari kerja data entry di Selangor / Kuala Lumpur / Putrajaya.

Kerja data entry full time atau part time 2013, yang akan saya siapkan dirumah sahaja, dan hantar terus ke office anda / terus hantar ke email anda.

Untuk luar dari kawasan Selangor , Kuala Lumpur , Putrajaya pun boleh. Tapi saya akan hantar melalui pos ataupun email. Jangan risau tarikh terakhir yang anda bagi kepada kami, itulah matlamat kami, siapkan sebelum tarikh itu tiba. Kalau nak saya hantar ke office pun boleh, tetapi sesudah bayar deposit dahulu.

Untuk 100 mukasurat, saya boleh siapkan dalam masa 4hari paling lama.
Untuk 250-300 mukasurat, saya boleh siapkan dalam masa seminggu, paling lama.
Untuk 500 mukasurat, dua minggu saya boleh siapkan dengan SEGERA.
Untuk yang lebih lebih dan lebih lagi mukasurat? Boleh emailkan saya.

- Mempunyai pengalaman selama 6tahun. Bermula dari zaman persekolahan, memandangkan datuk saya mempunyai syarikat, saya menyiapkan segala data entry beliau. Dan sampai kini, saya masih membuat data entry meskipun bukan di syarikat datuk saya lagi.

Gaji ?
Gaji yang akan saya minta, bermula dari RM900-RM3000++ secara tunai/cash. Bergantung pada berapa hari saya siapkan dan berapa banyak mukasurat yang saya siapkan.

Kenapa mahal?
Ini dah cukup murah. Saya buat berdasarkan kualiti, dan masa saya yang menghadap komputer 24jam. Malah saya sudah mempunyai pengalaman! Bukan saya tidak mempunyai pengalaman.

Bayaran tetap tak ada?
- Jika saya bersetuju bekerjasama dengan anda, saya akan meletakkan deposit sebanyak RM400. Contohnya kita setuju dengan harga RM1000, anda bayar deposit RM400 dahulu. lepas itu, RM600 bayar selepas saya siap.

Cara pembayaran?
Saya tidak menerima cek / cheque. Bank-in sama masih terima ( Maybank / Bank Rakyat / CIMB Bank) Sesudah saya siapkan kerja, saya minta duit dahulu, baru saya bagi hasil kerja saya.

Jika anda tidak puas hati akan hasil kerja saya, saya akan buat sampai anda puas hati! Duit tambahan tak perlu lagi. Apa yang saya dah terima duit anda, tu sudah memandai. Dan lagi satu, saya PALING tidak suka orang menipu. Saya buat penat penat, orang tak nak bayar gaji saya.

Pasti ke saya akan terima dan siapkan kesemua kerja Data Entry?
Saya akan menolak kerja anda jika jadual saya penuh dengan kerja atau saya tahu saya tak sempat siapkan kerja anda. Saya tidak akan berani menanggung risiko nak buat banyak banyak data entry orang, sampai diri sendiri tidak terurus.

Berminat ?
Emailkan kepada saya, prettywithus@gmail.com

Коран учителей России в Москве

Поиск учителя, который может научить исследования / Al Корана?

Я преподавал религию. Я из Малайзии. И я использую книгу Коран аль-Карим.

Сколько вы предлагаете?
- 800 рублей каждые два часа.

Средства платежа?
- Вы можете заплатить мне каждую неделю. Не каждый месяц.

Сколько раз в неделю?
- Всего три раза в неделю. двенадцать раз в месяц.

Я только принимаю, если прочих интересных / немного далеко от моего дома. Т.е. Коньково Москва Россия

Вы не должны Коран?
- Все в порядке. Я продаю его вам. Есть три категории. Первая категория, весь Коран. Вторая категория, Коран с русским переводом. Третья категория, Коран с английским переводом. Пожалуйста, выберите одну из этих категорий, и я дам вам выбор Корана.

Вы можете связаться со мной прямо на мой e-mail: prettywithus@gmail.com

Belajar Bahasa Russia di Malaysia dengan kami! Learn Russian Language with us!


Mencari Guru / Cikgu yang mengajar Bahasa Russia 2013

Anda mencari guru / cikgu yang boleh mengajar anda berbahasa Russia di Malaysia ? Atau anda memerlukan translator yang mahir berbahasa Russia dan tahu selok belok di Moscow Russia?

Mula sekali, saya ingin memberitahu bahawasanya, di RUSSIA mereka tidak akan dan tidak akan pernah menggunakan bahasa asing, iaitu selain Bahasa Russia. Anda pasti terkejut, tapi apa yang ingin saya katakan, mereka TIDAK AKAN BERBAHASA INGGERIS / ENGLISH  di RUSSIA. Apatah lagi Berbahasa Melayu :)

Siapa yang boleh belajar bahasa Russia?
- Salah seorang bakal pelajar yang akan melanjutkan pelajaran di Russia.
- Pelajar yang sudah tiga tahun berada di Russia. tetapi bahasa Russia tidak dapat dikuasai penuh.
- Merupakan businessman dan ingin mengembangkan pekerjaan anda disana, tetapi tidak tahu berbahasa Russia?
- Merupakan ibu bapa yang berminat belajar bahasa Russia, kerana anak anda belajar disana?
- Ingin berpindah ke Russia dalam masa terdekat.
- Dan ingin belajar bahasa tambahan.

Bahasa Russia susah ke?
- Agak susah. dan sukar untuk difahami. Mereka anti bahasa Inggeris. Tulisannya juga terbalik balik. Dan sebutannya juga lain. Salah sebutan guru, boleh jadi salah percakapan anak muridnya sekali.

Russia sejuk ke?
- Ya. Sangat sejuk. Bakal pelajar jurutera (engineer) atau medik (medic) selalunya akan terbang ke sana bulan 9 pada tiap tiap tahun. Bulan 9 sahaja, boleh mencapai negative degree celcius.

Bahasa Russia ini mengambil masa berapa lama untuk belajar?
- Semakin hampir awak nak fly, semakin cepat lah awak belajar, tapi ilmunya tak berapa banyak. Jika awak mahu, dalam masa 4-6bulan sudah boleh awak kuasai Bahasa Russia.

Siapakah yang mengajar?
- Saya . Saya merupakan pelajar perempuan dari Malaysia, yang mengambil kos medik di Moscow Russia. Saya sudah kuasai Bahasa Russia dengan baik. Memandangkan bahasa Russia adalah bahasa wajib saya. Saya sudah belajar bahasa Russia semasa kecil lagi. Saya memahami dengan baik. Dan saya pasti anda juga sama. 

Kena bayar ke?
- Ya sayanggg, kena bayar. Sebab saya juga kena tampung kos sara hidup saya di Malaysia dan di Russia.

Berapa harga untuk belajar Bahasa Russia ?
- RM40/jam untuk seorang. Selalunya orang Russia sendiri akan charge RM70/jam ke atas untuk seorang. Tapi harga boleh runding jika anda warganegara Malaysia.

Bagaimana cara bayaran?
- Bayar pada tiap tiap minggu. Bukan tiap tiap bulan. Bayar pada hari kelas anda yang terakhir bersama saya. Saya cuma terima duit tunai / cash. Bukan credit card atau transfer duit ke bank saya. Mana mana keluarga atau ahli perniagaan, boleh bank in terus kepada saya.

Berapa kali dalam seminggu?
- 3kali dalam seminggu , dan 2jam sehari, paling kurang. Jika anda betul betul ingin kuasai Bahasa Russia. Kenapa tiga kali? Sebab Bahasa Russia sangat susah untuk difahami dan didalami. Anda pasti terlupa bagaimana huruf Russia, dan sebutannya juga. Untuk 2bulan pertama, sila ambil 3kali dalam seminggu ATLEAST! Pada bulan ketiga, anda boleh ambil 2kali seminggu :)

Berapa ramai satu kelas?
- Saya ajar one-to-one. Kalau yang keluarga yang hendak berpindah ke sana, saya akan mengajar satu keluarganya. Kalau businessman, sila beritahu dahulu, bisnes apa yang anda lakukan, supaya apa yang anda belajar, tidak lari dari percakapan anda.

Kelas dimana?
- Anda boleh pilih. Di tempat umum, ataupun di kediaman anda.

**Kalau yang nak ambil saya atau kawan kawan saya sebagai Translator untuk anda berada di Russia, sila beritahu saya. Saya boleh dapatkan rumah sewa murah untuk short term atau long term. Ataupun hotel murah yang dekat dengan tempat yang ingin anda tuju. Memandangkan hotel di Russia semuanya mahal.

Apa yang perlu anda tahu sebelum anda ke Russia?
- Mereka tidak menggunakan bahasa asing, mereka hanya menggunakan bahasa Russia SAHAJA!
- Hospital swasta disana sekalipun tidak akan berbahasa Inggeris. Melainkan anda pergi Hospital Britain di Russia.
- Saya nasihatkan sila bawa ubat ubatan yang cukup, atau bawa LEBIH dari cukup. Ini kerana, cuaca sejuk, dan anda mudah dapat sakit. Jika anda sakit, anda masuk hospital dan cara rawatan di hospital juga teruk. Mereka akan periksa semuanya dari lubang jubur (lubang yang keluar najis) . Bukan periksa secara biasa, tapi menggunakan jari dan korek lubang jubur anda. Jadi, sila JANGAN SAKIT!
- Lapangan terbang (Airport) di Russia juga tidak akan berbahasa Inggeris.
- Mereka racist. dan tidak terima bahasa lain. Pelajar dari Malaysia ada yang kena tumbuk dalam bas (penumbuk merupakan orang Russia), gara gara menggunakan bahasa Melayu ketika sedang berborak dengan rakannya yang merupakan pelajar dari Malaysia juga.
- Mereka pentingkan warganegara mereka. Dalam bas, anda kena beri orang Russia duduk. Bukan warganegara lain. Ini bukan Malaysia ok? Siapa dapat, orang tu punyalah. No No. Ni bukan Malaysia.
- Ada public transport, jarak jauh pun, harganya tetap sama. Tak kiralah bas mahupun Metro (Train).
- Landasan keretapi Russia bergerak pantas. Kerana mereka ada banyak hala tuju hendak pergi. Kalau Malaysia, kat KTM / LRT / MONORAIL semuanya ada dua hala. satu ke kanan , satu ke kiri. kalau di Russia, rasanya ada 4-6 hala. Mereka ikut zon warna.
- Sila bawa makanan sendiri, takut kempunan nak makan makanan Malaysia. Mereka tidak makan sos cili, mereka makan tomato sahaja. 
- Banyak kedai tak halal. Kami akan tunjukkan bagaimana nak tahu makanan tu halal ataupun tidak.
- Air kosong / mineral orang selalu salah beli. sebab mereka selalu terbeli air sparkling. Membazir sangat bagi sesiapa tak minum air sparkling, seperti saya -,-"
- Sila bawa baju sejuk tebal ya. Ni bukan Malaysia ke London ke apa.

Bagi pelajar Medik di Moscow, Russia.
- Bagi yang beragama Islam : Anda tidak boleh tunjuk anda warak sangat, takut takut kena bunuh. Russia negara komunis :) Boleh warak, tapi secara tertutup. Jangan pakai purdah, ni negara komunis. *ulang suara* negara komunis. Kalau nak berjihad jalan Allah, jangan lah bunuh diri sendiri.
- Ada dua universiti yang pelajar medik selalu masuk. Salah satu universiti tersebut menyediakan hostel. Hostel yang anda dapat sangatlah buruk, dan sering berlaku kebakaran. dinding comot (jadi anda harus beli wallpaper)
- PALING PENTING : Hostel yang anda dapat itu BILIK KOSONG. tak ada katil ke tilam ke meja ke apa. Semuanya awak kena beli sendiri. Oh ya! satu bilik , dua atau tiga orang. Bilik besar tiga orang. Bilik kecil, dua orang.
- Dapur dan oven disediakan, tapi kuali periuk semua itu, tak disediakan. Pisau, sudu, garfu, pinggan semuanya anda kena beli sendiri atau bawa balik Malaysia.
- Barang di Russia, majority semuanya murah. Kecuali gajet, gajet sahaja yang mahal sangat, seperti telefon, kamera, komputer riba, iPad dan lain lain.
- Sila bawa komputer riba sendiri, telefon beli siap siap kat Malaysia, kamera untuk bergambar atau snap picture presentation.
- Bukan semua kedai roti di Russia itu HALAL. ingat!
- Jangan risau, kami yang senior sudah biasa dengan persekitaran ini, dan kami akan tunjuk ajar kepada kalian.

Cara menghubungi saya jikalau berminat ingin belajar Bahasa Russia.
- Emel : stayprettywithus@gmail.com
nombor telefon boleh minta di emel ya? :) terima kasih.